Selamat pagi buat semua di hari Sabtu ni...
Untuk last entry minggu ni, jom kita sama-sama tenung wajah-wajah klasik cawan dulu-dulu.
Koleksi ni sebahagian daripada cawan yang mak saya ada kat kampung...'berusia' dah cawan cawan ni, rasanya hampir (kalau tak lebih) dari 20 tahun. Saya rasa kan, tipis sungguh nasib nak jumpa 'design' cawan macam ni dah sekarang.
Daripada perhatian saya le ye, cawan zaman ni kecik je dan bentuk nya ala-ala bulat dengan bahagian bawahnya berlekuk-lekuk. 'Isi'nya jugak tebal (saya rasa fungsinya adalah untuk mengekalkan kepanasan air di dalamnya).

comel sungguhkan lukisan pada cawan ni : sebelah depan nya berlatarkan si minah sedang khusyuk menyiram bunga manakala di bahagian belakangnya pula menggambarkan mamat yang sedang menggembala kambing biri-biri. Dari hasil idea lukisan tu, saya rasa cawan ni datang nya dari negara orang putih (kat bawah takde chop)

satu ni pulak memaparkan gambar si teruna sedang giat berkebun dan bahagian belakang cawan nya mempersembahkan gambar humpty-dumpty (mungkin utk mengingatkan bahawa kalau cawan jatuh, berderai la jawabnya kan)


saya tak pasti ni bunga apa ye (ros ke kekwa?), oleh kerana ianya dah berusia, maka terselah sungguh 'keanjalan' nya dah berkurangan, mungkin kerana kekerapan penggunaan (& basuhannya), nampak sungguh coraknya dah lusuh, kat bawahnya pulak ada chop gambar gajah

c
awan bunga mawar merah jambu pekat ni pulak sungguh ayu, made in Liling China (katanya, hehe), walaupun dah lama namun corak & warna bunga nya masih elok
3 kuntum bunga yang sedang mekar memeriahkan lagi keunikkan cawan ni, kesian nengok sebahagian daripada salutan emas kat rim cawan tu dah luntur, ini membuktikan betapa beliau telah berjasa kepada tuan nya masa dulu2...Bila melihat cawan-cawan ni, teringat saya kepada mendiang datuk & nenek...ini kerana masa dia orang masih ada dan sihat, mendiang nenek memang gunakan cawan-cawan camni untuk menghidangkan minuman kepada tetamu...B
Betapa tak terkata pabila sebiji cawan boleh mengembalikan kenangan indah masa silam....
salam ceria